Skip to main content

Pergi honeymoon dengan tersayang di Lotus Desaru, Jalan Desaru. Bandar Penawar. Kota Tinggi Johor. 9 hingga 11 bulan 4 tahun 2021 .

       Assalamualaikum.

Abang nak cerita pengalaman abang sepanjang pergi honeymoon di Lotus Desaru. Johor dengan isteri yang tersayang.


Kami menaiki bas dari Larkin sentral terminal Johor. Ke terminal bas kota tinggi Johor untuk 2 orang hanya bayar 11 ringgit je bas henti-henti. Bagi yang tak ada kenderaan untuk ke sana boleh lah ikut cara kita ni ye. 

Sampai saja kami ke terminal bas kota tinggi, kami naik pula bas ke bandar Penawar, kota Tinggi Johor, yang ni free je ya, kami naik bas muafakat Johor, tunjukkan ic korang je ya. Sebab lokasi nya di bandar Penawar. Bas sampai ke terminal bas bandar Penawar lepas tu kita order grab dari terminal bas bandar Penawar ke destinasi yang dituju Lotus Desaru beach resort, Jalan Desaru. Bandar Penawar kota tinggi Johor. Abang tulis panjang alamat nya supaya senang korang tak keliru, sebab nya ada nama yang seakan sama.

   Sampai sahaja di sana kami tengok ramai orang walaupun pergi masa musim pandemik covid 19 ni. Nak check in kena ambil nombor dulu. Sementara tunggu nombor tu isteri abang sempat lagi beli kari puff dan kek coklat, sedap jugak lah. Sebenarnya kami sampai awal pukul 1 tapi check in pukul 3 petang hihi. Sementara tu sempat lah kami makan di restoran teratai yang ada dalam resort ni. Kami order makan spaghetti dan air kegemaran kami sepanjang berada kat resort ni air teh ros.



Ini lah spaghetti kami order.



Air kegemaran kami sepanjang berada di Lotus Desaru beach resort. Iaitu air teh ros. Sedap weh.


       Lepas dah pukul 3 petang kami pun ambil kunci bilik. Kami naik shuttle yang disediakan resort untuk ke bilik kami. Maaf gambar bilik tak ada, lupa nak ambik gambar hihi.

Gambar di bawah sepanjang 3 hari 2 malam kami berada di Lotus Desaru beach resort, Jalan Desaru. Bandar Penawar kota Tinggi Johor.







Dah tiba malam perut pun lapar 2 kali kami cuba nak order makan dari food panda tapi tak dapat, pesanan kami dibatalkan so korang kalau nak pergi sini memang kena makan kat sini je lah ye. Tak dapat nak order makan dari luar hihi. Dah lapar kami pun pergi ke restoran teratai.


Kami order ni nasi chicken chop dan air kegemaran macam biasa air teh ros. Sedap jugak lah sampai tersandar hihi.


              Keesokan paginya hari ke 2 kami lupa nak sarapan pagi percuma yang disediakan resort so terpaksalah kami makan di tempat biasa restoran teratai. Bagi abang ok lah restoran ni je tak benarkan minuman keras. 


Kami order nasi Briyani ayam. Ok lah rasanya sedap. Tapi faham faham je lah ye dah nama pun resort hotel kualiti hihi. Ok abang terus terang je lah sepanjang kami kat sini, kami dah habis 300 ringgit untuk makan je hihi. Mungkin sebab kami terlepas sarapan percuma kalau tak boleh jimat duit lagi tu korang.


  Petang hari ke 2 kami di resort ni kami lepak di pantai je. Bagi yang ada anak boleh pergi ke taman tema air mesti diorang seronok.

Kami lepak di tepi pantai Desaru je seronok tengok matahari terbenam di waktu pagi.


Video taman tema air di Lotus Desaru.




Comments

Popular posts from this blog

RESEPI CIPTA SENDIRI BY KALKAIXL

Assalamualaikum.. hari ni saya buat resepi baru yang tidak ada di kedai makan atau di tempat lain iaitu nasi daging masak kicap agak sedap bagi saya... hihi korang mesti cuba.. MULA MULA KENA BUAT DAGING MASAK KICAP DULU  bahan bahan daging masak kicap rebus daging (tak kisah berapa kilo) ikut tekak hihi halia (satu batang) bawang (satu ulas) kicap semestinya  jintan manis  (beli dalam pekat je ada jual) jintan putih  bahan bahan semua di kisar kecuali daging dan kicap  lepas tu masak ler apa lagi hihi OK DAH MULA BUAT NASI DAGING MASAK KICAP bahan bahan nasi daging masak kicap beras (tak kisah berapa kilo tapi ikut juga air rebusan yang ada) air rebusan ayam atau daging yang kita rebus daging tadi) semestinya daging masak kicap tang telah kita masak tadi  cara masak  pakai tempat masak nasi je  basuh beras masukkan air rebusan daging atau ayam  lepas tu masukkan je daging masak kicap tadi  dah selesai boleh makan dengan lauk yang ko

CEGAH CORONAVIRUS

Novel Coronavirus. Virus terbaharu dari China. . Coronavirus (CoV) adalah penyakit dari keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. . NOVEL CORONAVIRUS pula dalah merujuk kepada spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia. . Pencegahan (Saranan WHO) - Kerap cuci tangan - Menutup hidung dan mulut ketika bersin dan batuk - Masak daging dan telur dengan sempurna - Elak bersentuhan dengan induvidu yang mempunyai gejala

PESANAN NABI MUHAMMAD SAW APA PERLU BUAT UMAT AKHIR ZAMAN

Ceramah ustaz-ustaz kata nabi Muhammad saw kata kalau ada pokok benih ditangan tanam je. Maksudnya kalau apa apa terjadi pun kita buat je kerja kita. . Abang pun bukan lah sesiapa. Cuma sampai kan apa yang tau. .