Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Pergi honeymoon dengan tersayang di Lotus Desaru, Jalan Desaru. Bandar Penawar. Kota Tinggi Johor. 9 hingga 11 bulan 4 tahun 2021 .

       Assalamualaikum. Abang nak cerita pengalaman abang sepanjang pergi honeymoon di Lotus Desaru. Johor dengan isteri yang tersayang. Kami menaiki bas dari Larkin sentral terminal Johor. Ke terminal bas kota tinggi Johor untuk 2 orang hanya bayar 11 ringgit je bas henti-henti. Bagi yang tak ada kenderaan untuk ke sana boleh lah ikut cara kita ni ye.  Sampai saja kami ke terminal bas kota tinggi, kami naik pula bas ke bandar Penawar, kota Tinggi Johor, yang ni free je ya, kami naik bas muafakat Johor, tunjukkan ic korang je ya. Sebab lokasi nya di bandar Penawar. Bas sampai ke terminal bas bandar Penawar lepas tu kita order grab dari terminal bas bandar Penawar ke destinasi yang dituju Lotus Desaru beach resort, Jalan Desaru. Bandar Penawar kota tinggi Johor. Abang tulis panjang alamat nya supaya senang korang tak keliru, sebab nya ada nama yang seakan sama.    Sampai sahaja di sana kami tengok ramai orang walaupun pergi masa musim pandemik covid 19 ni. Nak check in kena ambil nombor